Rawatan Untuk Moluskum Contagiosum, Jangkitan Kulit Virus Yang Biasa Pada Kanak- Kanak

Curated by Claudia Shannon / Research Scientist / ishonest

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti tentang kesan mana-mana rawatan ke atas jangkitan virus yang biasa, iaitu moluskum contagiosum. Kami mengecualikan orang yang mempunyai sistem imun yang tertekan atau moluskum contagiosum yang dijangkiti secara seksual.

ishonest No.222 - Fine Lines & Wrinkles

Recommended
No.222 - Fine Lines & Wrinkles

Latar belakang

Moluskum contagiosum dalam seseorang yang sihat akan sembuh dengan sendirinya, iaitu jangkitan kulit virus yang tidak berbahaya. Ini terutamanya menjejaskan kanak-kanak dan remaja dan jarang berlaku pada orang dewasa. Ini berlaku di seluruh dunia, tetapi kelihatan lebih kerap di kawasan geografi yang mempunyai iklim yang hangat. Moluskum contagiosum biasanya wujud sebagai jerawat tunggal atau berbilangan yang dipenuhi dengan bahan berminyak. Seseorang mungkin mencari rawatan atas sebab-sebab sosial dan kosmetik dan kebimbangan tentang penyebaran penyakit ini kepada orang lain. Rawatan bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kesusasteraan sehingga Julai 2016. Kami melibatkan 22 kajian (jumlah 1650 peserta). Dua puluh kajian menilai rawatan topikal, dan dua kajian menilai rawatan yang diambil melalui mulut (oral). Perbandingan termasuklah terapi-terapi fizikal, serta rawatan-rawatan topikal dan oral. Kebanyakan kajian telah dijalankan di hospital di bahagian pesakit luar atau jabatan kecemasan, dan dilakukan di Amerika Utara, UK, Asia, atau Amerika Selatan. Para peserta terdiri daripada kedua-dua jantina dan kebanyakannya kanak-kanak atau orang dewasa muda. Tempoh susulan berbeza-beza dari 3 hingga 28 minggu selepas perawakan. Hanya lima kajian mempunyai lebih daripada selama 3 bulan tempoh susulan.

Your skin has the power to fight fine lines: Catalyse your skin to do more

Learn more

Lima kajian melaporkan pembiayaan komersial, tiga kajian memperolehi ubat- ubatan secara percuma daripada syarikat-syarikat farmaseutikal, 12 kajian tidak menyebutkan sumber pembiayaan, satu kajian melaporkan pembiayaan amal, dan satu kajian melaporkan bahawa mereka tidak mempunyai sokongan kewangan.

Keputusan-keputusan utama

Kami mendapati bahawa banyak rawatan biasa untuk moluska seperti pemusnahan fizikal belum dinilai dengan secukupnya. Sesetengah daripada rawatan yang terlibat adalah bukan sebahagian daripada amalan biasa.

Kami menjumpai bukti yang berkualiti sederhana bahawa imiquimod topikal 5% mungkin tidak lebih berkesan daripada kontrol (iaitu krim yang sama tetapi tanpa imiquimod) dalam mencapai penyembuhan klinikal jangka pendek, sederhana, dan panjang. Bukti yang berkualiti tinggi (dan oleh itu lebih kukuh) menunjukkan bahawa imiquimod topikal 5% adalah tidak lebih baik daripada plasebo dalam memulihkan moluska sehingga tiga bulan selepas bermulanya rawatan.

ishonest No.101 - Extract Dead Cells

Recommended
No.101 - Extract Dead Cells

Bukti yang berkualiti tinggi menunjukkan bahawa jumlah kesan sampingan imiquimod 5% berbeza sedikit atau bukan sama sekali apabila dibandingkan dengan kontrol. Walau bagaimanapun, bukti yang berkualiti sederhana menunjukkan bahawa mungkin terdapatnya lebih banyak kesan di tempat aplikasi apabila menggunakan imiquimod topikal 5% berbanding dengan kontrol.

Bukti berkualiti rendah, berdasarkan pada satu atau dua kajian kecil, mendedahkan keputusan-keputusan berikut untuk hasil penyembuhan klinikal jangka pendek: Imiquimod 5% kurang berkesan daripada cryospray atau kalium hydroxida 10%; minyak limau myrtle Australia 10% lebih berkesan daripada minyak zaitun; krim benzoyl peroksida 10% lebih berkesan daripada tretinoin 0.05% tretinoin; sodium nitrite 5% digunakan bersama dengan asid salisik 5% lebih berkesan daripada asid salisilik 5% sahaja; dan iodin yang ditambahkan minyak pokok teh lebih berkesan daripada minyak pokok teh atau iodin sahaja. Kami mendapati lebih bukti kurang pasti (berkualiti rendah) untuk mencadangkan bahawa kalium hidroksida 10% adalah lebih berkesan daripada saline; homeopati calcarea carbonica lebih berkesan daripada plasebo; solusi kalium hidroxide 2.5% kurang berkesan daripada solusi kalium hidroxide 5%; dan solusi povidne iodine 10% dan plaster asid salisilik 50% lebih berkesan daripada plaster asid salisilik sahaja.

Kecuali untuk kesan imiquimod yang teruk di tempat yang disapu, tiada satu daripada rawatan-rawatan ini mendorong kepada kesan-kesan buruk yang serius (bukti berkualiti rendah). Kesakitan sewaktu rawatan dilakukan, kemerahan, dan kegatalan adalah antara kesan-kesan buruk yang banyak dilaporkan.

Kami mendapati tiada perbezaan antara rawatan yang dinilai dalam perbandingan yang lain.

Get rid of blemishes overnight

Learn more

Kami mendapati tiada kajian percubaan rawak untuk beberapa rawatan yang biasa digunakan, seperti menampakkan luka moluska dengan stik oren (orange stick) atau peroksida hidrogen topikal. Memandangkan kebanyakan luka moluska hilang dalam masa beberapa bulan, kecuali terdapatnya bukti yang lebih baik untuk kelebihan rawatan aktif, moluskum contagiosum boleh dibiarkan untuk sembuh secara semula jadi.

Kualiti bukti kajian

Untuk imiquimod topikal, kualiti bukti untuk penyembuhan klinikal, penambahbaikan jangka pendek, dan kesan-kesan sampingan buruk adalah sederhana hingga tinggi. Bagi semua perbandingan lain, kualiti bukti untuk penyembuhan klinikal jangka pendek dan kesan-kesan sampingan buruk adalah rendah. Batasan- batasan biasa bagi kajian yang terlibat adalah bilangan peserta yang kecil, penyiasat tidak dibutakan, dan peserta-peserta yang tidak melengkapkan kajian (banyak dalam beberapa kajian) tidak dimasukkan dalam analisis.

Diterjemahkan oleh Tessa Lim Li Chyin (Monash Universiti Malaysia Campus). Disunting oleh Fairuz Fadzilah Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi tessalim1@gmail.com

Read more on: skin


What we do

We make skincare treatments and customize them for your skin-related problems, genetics, lifestyle, and environment.

How you benefit

You get total control over your skincare and the choice to change your skin. An impossible has just become possible.

How Custom Beauty Works

Desktop Mobile Graphic
Take the Quiz

Tell us about your skin, general health, lifestyle, environment, and all your skin goals. The quiz takes 4-8 minutes.

Outline of microscope
Create Your Treatment

Our algorithm creates a unique routine with a few customized products. The algorithm uses 50+ years of skincare research.

Outlines of Packaging
Divide and Rule

Every product is designed for one problem. Apply the product when the problem appears. Much like you treat flu or headache.

Product Values

A family sharing common values functions effortlessly and effectively. So do our products. All our products share these values.

Outline of bulb
Precise

Typical skincare routines confuse your skin with 20-50 ingredients. Our custom routines contain 1-8 ingredients, sending clear signals to your body to use the ingredients and recover faster.

Outline of Green Leaf
Concentrated

Our skin can use only active ingredients, also called actives. Most products contain up to 10% actives, whereas our products contain at least 90% actives. You get better value. Your skin avoids junk food.

Get Started

Never Used Before

Take the quiz below and discover a customized treatment for your unique skin-related problems, lifestyle, and environment.

Know Your Treatment

Every treatment has a unique 3-digit ID. You can find the ID on the product label. Search the ID on top right corner or click below.

Targeted Solutions

If a particular skin problem is bothering you, browse our products for your specific problem. You can customize your routine later.